Poliklinik Warga Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia(PPUKM) telah mula beroperasi  pada bulan September 1997, beberapa bulan selepas pembukaan Hospital UKM. Kini klinik yang telah berusia hamper lebih kurang17 tahun dalam memberikan perkhidmatan rawatan perubatan kepada kakitangan UKM serta tanggungan yang berkelayakan.  Jika pada empat bulan pertama penubuhan Poliklinik Warga ini, yang dahulunya di kenali sebagai Klinik Warga, kedatangan pesakit antara 150 hingga 250 orang sebulan tetapi kini kedatangan pesakit di Poliklinik Warga bertambah di antara 300 hingga 800 orang sebulan.

Penaiktarafan Klinik Warga kepada Poliklinik Warga telah dimulakan pada Januari 2004, apabila satu unit perubatan dan pergigian digabungkan di bawah satu entiti iaitu Poliklinik Warga. Kemudahan disediakn kepada warga UKM dan juga tanggungan yang layak mengikut polisi yang telah ditetapkan. Penaiktarafan di Poliklinik Warga berterusan apabila bermula tahun 2007, sebuah Wad bagi warga UKM telah dibuka, dengan kapasiti katil sebanyak 19 buah. Jumlah kakitangan di Poliklinik Warga seramai 41 orang meliputi kakitangan klinik iaitu 2 jururawat terlatih 1 pembantu tadbir(Pentadbiran), Pembantu Perawatan Pesakit 6, manakala wad warga 28 kakitangan terdiri daripada seorang Ketua Jururawat. 21 jururawat terlatih, seorang pembantu tadbir dan 5 orang pembantu perawatan perubatan.