Penangguhan Beberapa Perkhidmatan di Poliklinik Warga
Adalah dimaklumkan Poliklinik Warga membantu dalam menangani wabak COVID-19 dengan terlibat langsung di Pusat Pemberian Vaksin (PPV). Oleh yang demikian, beberapa perkhidmatan di Poliklinik Warga ditangguhkan buat sementara waktu. Perkhidmatan tersebut ialah:-
1) Program pemberian vaksin HEB B kepada pelajar-pelajar UKM.
2) Program Wellness.
3) Pemeriksaan perubatan bagi urusan haji (pemeriksaan perubatan selain di atas dijalankan berdasarkan sistem temujanji sahaja).
4) Semua kes walk-in adalah melalui sistem temujanji juga.
Pihak Poliklinik Warga memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi.
