Lawatan kakitangan Klinik Warga Hospital UiTM ke Poliklinik Warga HCTM

3 Jun 2022

Seramai 4 orang kakitangan Klinik Warga Hospital UiTM Puncak Alam (HUiTM) telah mengadakan lawatan penanda aras (bencmark) ke Poliklinik Warga HCTM pada 1 Jun 2022(Rabu) jam 11.00 pagi. Kumpulan delegasi telah disambut mesra oleh Dr. Abdul Rashid Abdul Kader, Ketua Penyelaras Poliklinik Warga HCTM. Sesi perbincangan dan perkongsian pengalaman dua hala antara kedua-dua pihak berjalan dengan lancar dan memberikan input yang memberansangkan. Terima kasih kepada Jabatan Komunikasi Korporat dan Khidmat Pelanggan dalam membantu mengaturkan sesi lawatan ini. Semoga lawatan ini dapat mengeratkan jaringan kerjasama antara HUiTM dengan HCTM.

Search

+