Audit MS ISO 9001:2015 Poliklinik Warga Tahun 2025
Audit MS ISO 9001:2015 Poliklinik Warga Tahun 2025 telah dijalankan bagi memastikan pelaksanaan sistem pengurusan kualiti di Poliklinik Warga mematuhi keperluan piawaian MS ISO 9001:2015. Audit ini melibatkan semakan dokumentasi, proses kerja, pematuhan prosedur serta keberkesanan sistem pengurusan kualiti yang diamalkan. Melalui audit ini, penambahbaikan dapat dikenal pasti bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, cekap dan memenuhi keperluan pelanggan.
