Program Ujian Saringan Kesihatan Kakitangan HCTM Umur 40 Tahun
Program Ujian Saringan Kesihatan Kakitangan HCTM Umur 40 Tahun telah dilaksanakan bagi mengesan awal sebarang risiko penyakit tidak berjangkit dalam kalangan kakitangan yang telah mencapai umur 40 tahun. Antara pemeriksaan yang dijalankan termasuk pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah, kolesterol serta pemeriksaan kesihatan umum. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan serta menggalakkan kakitangan mengambil langkah pencegahan bagi mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
