Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Poliklinik Warga
19 Mei 2023 – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun 2023 anjuran Poliklinik Warga telah diadakan di ruang belakang Poliklinik Warga, Tingkat 1, Bangunan Klinikal HCTM. Majlis yang diadakan dengan cukup meriah ini bermula pada jam 12 tengah hari sehingga jam 3.30 petang dengan tujuan merapatkan silaturahim dan hubungan antara warga klinik dengan kakitangan HCTM dan UKM.













