Pemakluman Kolaborasi Klinik Exercise Is Medicine Bersama Team Fisioterapi Di Poliklinik Warga

29 Apr 2022

Berdasarkan surat rujukan UKM.HTM.37.237/3 bertarikh 25 April 2022, adalah dimaklumkan bahawa klinik “Exercise Medicine” akan dimulakan kembali di Poliklinik Warga dan akan berkolaborasi bersama Unit Fisioterapi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Klinik akan beroperasi pada setiap hari Rabu (petang), minggu pertama dan ketiga setiap bulan dikendalikan oleh Dr. Ayman Nabel.

Klinik ini memberikan perkhidmatan senaman mengikut piawaian perubatan dan memberi pengetahuan yang jelas berkaitan senaman untuk kesihatan. Program ini juga memeri pengetahuan mengenai cara hidup yang sihat untuk semua kakitangan UKM dan tanggungan.

Kakitangan yang berminat mengikuti klinik ini boleh mendapatkan tarikh janji temu di talian 03-9145 7350/7351.

Search

+