Program Pemerkasaan Pegawai Insiden 2025: “Memperkasa Potensi, Memantapkan Tindakan”

14 Mar 2026 2026, Berita

Program Pemerkasaan Pegawai Insiden 2025: “Memperkasa Potensi, Memantapkan Tindakan” telah diadakan pada 25 September 2025 di Auditorium Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM). Program ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kompetensi Pegawai Insiden dalam pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP), termasuk kemalangan pekerjaan, penyakit pekerjaan, insiden agresif (Kod Grey) dan keselamatan kebakaran. Seramai 80 orang peserta daripada pelbagai jabatan telah menyertai program ini. Secara keseluruhannya, program ini berjaya memperkukuh kesiapsiagaan Pegawai Insiden dalam menyokong persekitaran kerja yang lebih selamat di HCTM.

 

 

Lawatan Penanda Aras Pengurusan Kes Kecederaan Tajam Ke Klinik Kesihatan Pekerjaan, Pusat Perubatan Universiti Malaya

23 Feb 2026 2026, Berita

11 Februari 2026 – Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP),HCTM telah menjalankan satu lawatan penanda aras ke Klinik Kesihatan Pekerjaan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat, pendedahan serta amalan terbaik berkaitan pengurusan dan pengurangan kes kecederaan tajam dalam persekitaran hospital.

Lawatan ini telah diketuai oleh Dr. Leyana Syamimi Razali, Pegawai Perubatan UKKP dan turut hadir mengiringi adalah para kakitangan UKKP. Taklimat terperinci berkaitan pengurusan kes kecederaan tajam  telah disampaikan oleh Dr. Venna Magarita A/P Richard Santhanan, Pegawai Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health Doctor, OHD), Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, PPUM.

Semoga jalinan kerjasama di antara HCTM dan PPUM akan berterusan di masa-masa akan datang.

 

Search

+