Lawatan UKKP ke Fasiliti Pemulihan Sisa Berjadual, Riyaland Sdn Bhd 2022
Pada 20 Disember 2022, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), telah menjalankan lawatan ke Riyaland Sdn Bhd, Ulu Yam. Riyaland Sdn Bhd merupakan sebuah fasiliti pemulihan sisa berjadual yang diiktiraf oleh Jabatan Alam Sekitar.
Tujuan lawatan ini diadakan adalah bagi memperkasakan pengurusan bahan buangan sisa berjadual di HCTM. Melalui aktiviti ini, anggota UKKP telah diberikan pendedahan yang menyeluruh terhadap proses pemulihan sisa berjadual yang dijalankan di Riyaland Sdn Bhd, seperti pemulihan sisa minyak dan pemulihan sisa pelarut.
Lawatan ini dimulakan dengan taklimat dan penerangan secara teori berkenaan fasiliti di Riyaland Sdn Bhd oleh wakil pengurusan sebelum dibawa melawat ke fasiliti pemulihan sisa berjadual. Lawatan ini diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada wakil Riyaland Sdn Bhd.









































































