Kunjungan Hormat Institut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

9 Apr 2026 2026, Berita

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) HCTM telah menerima lawatan kunjungan hormat dari Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) pada 2 April 2026. Delegasi diketuai oleh YBrs. Encik Khairul Azmir Bin Ahmad, Pengetua Institut Latihan DBKL bersama tiga orang pegawai dari IDB. Sesi perbincangan dimulakan dengan kata aluan dan taklimat ringkas oleh Puan Wan Irfani Wan Mahyudin, wakil Ketua UKKP dan Dr. Leyana Syamimi, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Pekerjaan HCTM.

Tujuan utama lawatan ini diadakan adalah untuk mendapatkan pandangan dan berkongsi pengalaman berkaitan pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja bagi memperkasakan tadbir urus pengurusan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

 

 

 

 

Search

+