Program Strawberry Matcha

6 Apr 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera,

YBhg. Prof. / Dato’ Sri / Datuk / Dato’ / Datin / Tuan / Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Sosial Perubatan, HCTM akan menganjurkan Program “Strawberry Matcha”, iaitu Program Sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit HCTM.

Program ini bertujuan mengumpul dana bagi membantu pesakit yang memerlukan sokongan kewangan untuk rawatan di HCTM. Selain itu, turut diadakan Reruai  Jualan Aneka Makanan dan Minuman bagi memeriahkan program.

Sehubungan itu, dengan segala hormatnya kami menjemput YBhg. Prof. / Dato’ / Datin / Tuan / Puan untuk hadir dan menyokong program ini yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 06 & 07 April 2026
Masa : 8.30 pagi – 3.00 petang
Lokasi  : Ruang Legar Auditorium, HCTM

E-Khidmat akan diberikan bagi setiap sumbangan minimum RM15.00 (Warga UKM sahaja), tertakluk kepada terma dan syarat. 

Kerjasama dan sokongan YBhg. Prof. / Dato’ / Datin / Tuan / Puan amatlah kami hargai dalam menjayakan program ini demi kebajikan pesakit HCTM.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan HCTM di talian 03-91457880 / 03-91455763.

Search

+