PROGRAM JAMBATAN KASIH PESAKIT ANJURAN JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN

2 Oct 2026

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

YBhg. Prof./Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

Dengan segala hormatnya JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN HCTM ingin menjemput seluruh Warga UKM ke reruai Program PROGRAM JAMBATAN KASIH PESAKIT (Program Sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit HCTM) pada ketetapan berikut :

Tarikh : 12 dan 13 Oktober 2026

Masa : 8.30 pagi – 3.30 petang

Tempat : Ruang Legar Auditorium, HCTM

E-KHIDMAT akan diberikan bagi setiap sumbangan minimum RM10.00 (Warga UKM sahaja).

* Mohon kerjasama bagi yang ingin menyumbang secara BERKUMPULAN, sila sediakan senarai nama, no.UKMPer, jumlah sumbangan (BERTAIP) dan membuat transaksi sumbangan (QR disediakan) secara sekali gus (lump sum) di meja reruai urusetia program serta menyerahkan senarai nama tersebut.

Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi urusetia di talian 03-91457889 / 5767.

Sekian, terima kasih.

Search

+