Pengambilan Resit Sumbangan Program Infaq Ramadan 1444H/2023

19 May 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terima kasih atas sokongan dan sumbangan anda untuk program Infaq Ramadan 1444H / 2023 anjuran Jabatan Kerja Sosial Perubatan HCTM untuk Tabung Kebajikan Pesakit HCTM. Sebagai makluman, dana terkumpul untuk program ini adalah sebanyak RM 17,519.00 dan kesemua sumbangan terus disalurkan ke Tabung Kebajikan Pesakit HCTM untuk kegunaan pesakit-pesakit yang memerlukan.

Kami juga ingin memaklumkan bahawa resit program infaq boleh diambil seperti maklumat berikut :
Tempat : Jabatan Kerja Sosial Perubatan Tingkat 3, Blok Klinikal HCTM
Masa : 10.00 pagi – 4.00 petang

Resit program infaq tersebut juga boleh digunakan untuk tujuan pengecualian cukai. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi urusetia di talian :
Encik Mohd Faiz Mohd Esa 03 – 91455774 / 7880

Sekian, ribuan terima kasih.

Duduk manis di atas bangku
Hati ikhlas mencari ilmu
Terima kasih saudaraku
Semoga Tuhan membalasmu.

Tanah luas tiada tuannya
Tombak tajam kemas ditancapkan
Atas perhatian dan bantuannya
Terima kasih saya ucapkan.

Search

+