Lawatan Korporat Sekretariat Tabung Darul Iman, Terengganu

17 Mar 2022

Lawatan korporat Sekretariat Tabung Darul Iman, Terengganu yang diketuai Encik Wan Mohd Fahmi Wan Mohd, Pengurus Sekretariat Tabung Darul Iman dan Puan Noormadina Kamaruddin, Penolong Pegawai pada 17 Mac 2021 (Khamis) jam 2.30 petang bertempat di Jabatan Kerja Sosial Perubatan HCTM disambut oleh puan Intan Nurhaila Meor Safari, wakil Ketua Jabatan bersama pegawai-pegawai Kerja Sosial Perubatan iaitu Encik Muhammaf Faiz Sabli dan Encik Azman Mohamed. Objektif lawatan adalah untuk menyalurkan Dana Bantuan Penyakit Kronik dan Kebajikan Sosial Perubatan kepada pesakit rakyat negeri Terengganu yang menerima rawatan di seluruh hospital yang tidak berkemampuan menghidap penyakit kronik dan memerlukan bantuan perubatan.

 

Search

+