Charity Market – Program Menjana Tabung Kebajikan Pesakit HCTM
Charity Market anjuran Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) HCTM akan diadakan untuk menjana Tabung Kebajikan Pesakit HCTM. Maklumat seperti berikut:-
Tarikh : 25 Ogos 2023 (Jumaat)
Masa jualan : 8.30 pagi – 4.00 petang
Tempat: Ruang Legar, Lobi ARC, HCTM
Orang awam, kakitangan HTCM dan UKM yang berminat untuk memberikan sumbangan boleh menghantar barang tersebut ke Pejabat Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) mulai 11 Julai hingga 11 Ogos 2023 (hari berkerja). Barangan yang ingin disumbangkan mesti dalam keadaan baru, boleh digunapakai, dan masih belum tamat tempoh. Barangan yang diterima seperti dibawah:
-Barang Elektrik
-Barang Mainan
-Barang Runcit
-Barang Penjagaan diri
-Peralatan Dapur
-Makanan Kering
-Alat tulis
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Pn Sufiah atau Puan Aishah di talian : 03-9145 7880/5771.
Kakitangan HCTM dan UKM yang membuat sumbangan dan pembelian bernilai RM30.00 ke atas akan mendapat e-Khidmat.
