PENGENALAN
Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) merupakan sebuah hospital pengajar dan kepakaran perubatan yang telah mula beroperasi sejak 1997. Peka dengan peningkatan kos bagi keperluan peralatan rawatan dan perubatan, pihak Pengurusan hospital telah mengambil inisiatif menubuhkan sebuah tabung yang dinamakan Tabung Kebajikan Pesakit Hospital UKM pada 30 Mac 2000 (kemudian ditukar kepada Hospital Canselor Tuanku Muhriz). Melalui penubuhan tabung ini, penglibatan berterusan daripada badan korporat, swasta, pertubuhan sukarela dan juga orang perseorangan dapat membantu puluhan ribu pesakit yang benar-benar memerlukan bantuan.
OBJEKTIF PENUBUHAN TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT HCTM
- Memastikan pesakit yang kurang berkemampuan dapat menerima rawatan dan pemulihan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM.
- Penyaluran bantuan dan keperluan rawatan yang diperlukan oleh pesakit dalam kadar segera dengan tempoh kelulusan bantuan yang singkat.
- Memastikan keperluan rawatan disalurkan kepada golongan pesakit yang layak melalui penilaian yang terancang.
JENIS-JENIS BANTUAN
BANTUAN PERALATAN PERUBATAN
Antara bantuan peralatan yang diperlukan melibatkan pesakit-pesakit dari unit klinikal pediatrik, ortopedik, kardiologi, onkologi, hematologi, nefrologi, respiratori, oftalmologi, otorinaringologi dan surgeri. Contohnya seperti central line, suction machine, colostomy bag, chemo pot, kerusi roda, cochlear implant, oxygen concentrator dan sebagainya.
BANTUAN UBAT SPECIAL FORMULARY (SF)
Tabung menyediakan bantuan ubat-ubatan untuk ubat special formulary (ubat yang tidak dibekalkan oleh kerajaan) tetapi mesti ubat yang diluluskan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
BANTUAN AM
Pembiayaan kos pengangkutan sebelum dan selepas rawatan serta bantuan perbelanjaan kecemasan semasa dalam rawatan di hospital.
KAEDAH PENGURUSAN TABUNG KEBAJIKAN PESAKIT HCTM
Tabung ini dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Tabung Kebajikan Pesakit HCTM. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Pengarah HCTM, manakala keahlian Jawatankuasa terdiri daripada 3 orang Timbalan Pengarah HCTM, Ketua Jabatan Kewangan, Ketua Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan, dan Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan yang bertindak selaku Setiausaha.
KAEDAH AGIHAN TABUNG
Proses pengagihan dan penyaluran bantuan Tabung Kebajikan Pesakit HCTM adalah seperti berikut:
- Rujukan daripada Pakar/Pegawai Perubatan untuk pengesahan jenis keperluan bantuan kepada pesakit.
- Penilaian sosioekonomi yang disusuli dengan laporan lengkap (termasuk serahan dokumen sokongan pesakit) bagi permohonan yang layak.
- Permohonan bantuan akan dikemukakan kepada Jawatankuasa untuk pertimbangan kelulusan.
- Pesakit akan menerima surat keputusan permohonan bantuan bagi permohonan mereka daripada Jawatankuasa TKPHCTM.
KAEDAH MEMBERI SUMBANGAN
Semua sumbangan wang dimasukkan ke dalam akaun khas HCTM akan dikecualikan daripada cukai pendapatan.
AWAM
- Sumbangan kewangan yang ingin disalurkan kepada tabung hendaklah atas nama Hospital UKM melalui cek/ postal order/ money order dan dituliskan “Tabung Kebajikan Pesakit HCTM” di belakang cek/ postal order/ money order berkenaan.
- No. akaun Hospital UKM ialah 98299115023003 (CIMB Bank).
- Resit diberikan bagi setiap sumbangan dan sumbangan anda dikecualikan dari cukai pendapatan menurut Seksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 (Rujukan: 01/35/42/51/179-6.1412).
WARGA UKM
- Kakitangan UKM yang ingin memberi sumbangan melalui potongan gaji boleh mengisi borang persetujuan dan dihantar ke Jabatan Kewangan HCTM.
- Kakitangan yang ingin memberi sumbangan secara Tunai / Cek / Kiriman Pos boleh mengisi borang persetujuan dan dihantar ke Jabatan Kewangan HCTM.


PERTANYAAN LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, pihak kami boleh dihubungi pada waktu pejabat (8.00 am – 4.30 pm) melalui talian:
No.telefon: 03-9145 5759 / 03-9145 7880 / 03 -9145 5770
