Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) memberikan perkhidmatan psikososial kepada pesakit-pesakit yang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM melalui kaedah rujukan daripada Pegawai Perubatan, di klinik-klinik dan wad-wad, Jabatan Pemulihan Perubatan dan Unit Hasil & Taksiran, Jabatan Kewangan. Perkhidmatan yang diberikan meliputi penilaian psikososial/sosioekonomi, perundingan kemudahan komuniti, intervensi krisis, dan rujukan ke sumber komuniti bagi bantuan praktikal.
KERJA SOSIAL PERUBATAN