Program Orange For Hope
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Jabatan Kerja Sosial Perubatan HCTM menjemput seluruh Warga UKM untuk menyokong Program Orange For Hope iaitu Program Sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit HCTM yang akan diadakan pada:-
Tarikh: 19 & 20 Januari 2026
Masa: 8.30 pagi – 3.00 petang
Tempat: Ruang Legar Auditorium, HCTM
Jualan reruai aneka makanan & minuman turut diadakan!
E-Khidmat diberikan bagi sumbangan minimum RM20 (Warga UKM sahaja, tertakluk terma & syarat)
– Cash & Online Transfer (QR tidak disediakan)
Pertanyaan: 03-91456310 / 03-91455761
Jom bersama menyumbang demi kebajikan pesakit HCTM
