Mohon Sumbangan Program Sentuhan Kasih Komuniti – Rezeki Dikongsi, Komuniti Terinspirasi
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Sosial Perubatan akan mengadakan Program Sentuhan Kasih Komuniti – Rezeki Dikongsi, Komuniti Terinspirasi. Program ini adalah salah satu inisiatif untuk memastikan pesakit terus mendapat sumber makanan yang mencukupi di samping meneruskan rawatan. Justeru itu, kami memohon sedikit sumbangan wang tunai bagi merealisasikan program ini. Sumbangan minimum RM20.00 akan melayakkan untuk mendapat mata e-khidmat. Berikut adalah butiran program:
Sumbangan : Wang Tunai sahaja (RM 20 dan ke atas akan diberi e-khidmat)
Tempat : Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Tingkat 3, Blok Klinikal HCTM
Tempoh kutipan : 01 Ogos hingga 06 September 2024
Link Pendaftaran: https://forms.gle/eM6suTLsfFQSMnS66
Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi Puan Halimatus Sa’diah di talian 03-9145 7880/5761. Segala kerjasama dan sokongan dalam perkara ini amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
