Terima Kasih penyumbang dan penderma Program Infaq Ramadan TKPHCTM 1445H/2024

9 May 2024
Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Canselor Tuanku Muhriz mengucapkan terima kasih kepada semua penyumbang dan penderma atas sumbangan Program Infaq Ramadan TKPHCTM 1445H/2024 untuk Tabung Kebajikan Pesakit HCTM.
Untuk makluman, dana terkumpul bagi program ini adalah sebanyak RM 19,495.00 dan kesemua sumbangan disalurkan ke Tabung Kebajikan Pesakit HCTM untuk kegunaan pesakit-pesakit yang memerlukan.
Resit Program Infaq ini boleh diambil di Jabatan Kerja Sosial Perubatan Tingkat 3, Blok Klinikal HCTM, jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Encik Mohd Faiz Mohd Esa di talian 03 – 91455774/7880.

Search

+