Flea Market – Berkongsi Rezeki Itu Indah

16 Mar 2022
Flea Market – “BERKONGSI REZEKI ITU INDAH”
 
JOM menyumbang dan membeli untuk menjana dana Tabung Kebajikan Pesakit HCTM dengan Program Flea Market anjuran Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) HCTM:-
 
Tarikh : 25 Mac 2022 (Jumaat)
Masa jualan : 8.30 pagi – 5.00 petang
Tempat: Ruang Legar Auditorium, Blok Pendidikan
 
Orang awam, kakitangan HTCM dan UKM boleh menghantar barang sumbangan ke Pejabat JSKP mulai 14 hingga 23 Mac 2022 (hari berkerja). Setiap sumbangan dan pembelian bernilai RM25 ke atas akan mendapat e-Khidmat. Barangan yang ingin disumbangkan mesti dalam keadaan elok, boleh digunapakai, dan masih belum tamat tempoh:
 
  • Elektrik
  • Mainan
  • Barangan Runcit
  • Penjagaan/Aksesori diri
  • Barangan Dapur / Makanan Kering
  • Alat tulis
 
Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Cik Suhaizah atau Puan Noorezleen di talian : 03-9145 6310/7880/5761/5770/5763
 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+