Flea Market – Kasih Ramadhan

13 Apr 2021

Sukacita dimaklumkan Jabatan Kerja Sosial Perubatan (JKSP) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) akan mengadakan Program Flea Market-Kasih Ramadhan bagi membantu meningkatkan dana Tabung Kebajikan Pesakit HCTM.

Penambahan dana tersebut diperolehi hasil daripada jualan sumbangan barangan daripada kakitangan.

Penyumbang dan pembeli (RM 20 ke atas) didaftarkan di dalam Sistem e-Khidmat.

Kami menerima barang-barang:

1. Pakaian yang masih elok dan boleh dipakai
2. Barangan elektrik
3. Barang keperluan harian (bahan kering)
4. Barang penjagaan diri

Hari pengumpulan barang:13-21 April 2021 (Hari bekerja)

Hari Jualan: 23 April 2021 (Jumaat) 8.30 pagi – 4.30 petang

Urusetia boleh dihubungi di talian: 03-91456310/7880/5761/5770/5763

Search

+