Wad Onkologi Tengku Ampuan Afzan merupakan wad yang menempatkan pesakit-pesakit kanser. Wad Onkologi berfungsi seperti wad biasa dan juga memberi perkhidmatan khusus terutamanya rawatan kemoterapi, penjagaan Paliatif dan perawatan Brakiterapi. Wad ini beroperasi secara 24 jam dan boleh menempatkan 28 orang pesakit lelaki dan perempuan dalam satu masa.

 

Objektif:

  1. Memberi rawatan komprehensif kepada pesakit kanser
  2. Merujuk pesakit-pesakit yang mempunyai indikasi tertentu ke Jabatan yang berkenaan
  3. Melatih pegawai perubatan dalam perawatan pesakit menggunakan garis panduan

 

Kategori pesakit: 

 

  1. Penjagaan pesakit akut
  2. Penjagaan paliatif & ‘pain control’
  3. Kemoterapi
  4. Diagnostic work-up
  5. Penempatan sementara semasa rawatan radioterapi (RT) bagi pesakit yang  bermastautin  di luar lembah Klang

 

Prosedur Kemasukan ke Wad Onkologi Tengku Ampuan Afzan (Wad 1F) 

  1. Pesakit yang di bawa dari Klinik Radioterapi dan Onkologi atau Jabatan Kecemasan ke wad dan dibawa bersamanya borang-borang kemasukan wad selepas mendapat pengesahan daripada wad
  2. Pesakit bersama borang kemasukan wad diserahkan kepada jururawat yang bertugas di wad
  3. Pesakit ditempatkan di katil yang sedia ada. Jururawat melakukan pemeriksaan ‘routine’ terhadap pesakit
  4. Jururawat yang bertugas memaklumkan kepada Pegawai Perubatan berkenaan kemasukan pesakit
  5. Jururawat memberi orientasi kepada pesakit atau waris
  6. Pegawai Perubatan memeriksa pesakit dan memberi rawatan yang bersesuaian
  7. Jururawat akan memantau pesakit dan memastikan keselesaan pesakit semasa di wad

 

Grand Ward Round (GWR) 

  1. Grand ward round dijalankan sekali seminggu pada setiap hari Rabu jam 9.00 pagi.
  2. Pembentangan kes oleh kakitangan jururawat dan Pegawai Perubatan yang bertanggungjawab.

 

Alamat :
Wad Onkologi Tengku Ampuan Afzan (Wad 1F)
Tingkat 1, Blok Klinikal,
Hospital Canselor Tuanku Muhriz

Telefon : 03-91457150/7151