UNIT PERANCANGAN DAN RAWATAN RADIOTERAPI (UPRR)
Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi terletak di aras bawah tanah/’basement’, Blok Klinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Unit ini boleh dimasuki dari lif yang terletak di luar pintu masuk Unit Rawatan Harian Onkologi (URHO)
Objektif:
- Menyediakan perkhidmatan rawatan radioterapi dan brakiterapi bagi pesakit-pesakit kanser HCTM bagi tujuan rawatan kanser secara radikal atau paliatif
- Memastikan rawatan radioterapi dan brakiterapi dapat dilaksanakan dengan tepat dan sesuai pada masanya
- Memartabatkan HCTM sebagai sebuah pusat latihan perancangan dan rawatan radioterapi dan brakiterapi bagi pakar-pakar pelatih sarjana klinikal onkologi dan juga pelatih-pelatih juru-xray terapi (RTT)
Waktu Operasi Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi
Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi (UPRR)
| Hari | Masa | Aktiviti |
| Isnin | 8:00 pagi – 5:00 petang | Rawatan Radioterapi |
| Selasa dan Khamis | 8:00 pagi – 5:00 petang | Simulasi Perancangan |
|
Isnin Rabu |
9:00 pagi – 11:00 pagi 2:30 petang – 4:00 petang |
Pemeriksaan Mingguan Review) |
Waktu Penutupan Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi (untuk setiap hari bekerja)
| Hari | Masa |
| Isnin – Khamis | 1.00 tengahari – 2.00 petang |
| Jumaat | 12.15 tengahari – 2.45 petang |
| Hari Ahad / Cuti umum/ hari kelepasan am | Tutup |
Jenis rawatan yang dijalankan di Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi
- Rawatan radioterapi secara 3D-Conformal
- Rawatan radioterapi secara IMRT
- Rawatan radioterapi secara 2D
- Rawatan brakiterapi secara ‘intracavitary’ bagi kes kanser pangkal rahim
- Rawatan brakiterapi ‘vaginal vault’ bagi kes kanser rahim
Jenis peralatan yang digunakan di Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi
Jabatan Radioterapi dan Onkologi HCTM menawarkan teknik rawatan radioterapi yang moden dan canggih menggunakan peralatan berikut:
- CT simulator (16 slice spiral)
- Dual energy LINAC (Varian):
- Photon 6 & 10 MV
- Electron 6 – 18 MeV
- Microselectron HDR
Alamat :
Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi (UPRR),
Aras Basement (B), Blok Klinikal,
Hospital Canselor Tuanku Muhriz
Telefon :
Bilik Rawatan : 03 91457958
Bilik Simulasi : 0391455672 / 0391455819
Bilik Fizik : 03 91455575
Bilik Review : 03-91455831
Kaunter UPRR : 03-91455668



