Kempen Kesedaran Kanser Payudara
Jabatan Radioterapi dan Onkologi dan Pusat Kanser HCTM dengan kerjasama Majlis Kanser Nasional (MAKNA) serta Jabatan Kemajuan Orang Asli telah menganjurkan program Kempen Kesedaran Kanser Payudara pada 11 Oktober 2025 (hari Sabtu) yang lalu di Balai Raya Kampung Orang Asli Kuala Pangsun, Daerah Hulu Langat.
Kempen ini adalah bertujuan untuk mempromosikan pengesanan awal kanser payudara melalui Pemeriksaan Klinikal Payudara “Clinical Breast Examination @ CBE”. Program ini sering ditawarkan oleh hospital, klinik, dan organisasi kesihatan kerajaan untuk mempromosikan pengesanan awal kanser payudara. Pemeriksaan Klinikal Payudara @ CBE boleh membantu mengesan kanser payudara pada peringkat awal, apabila rawatan selalunya lebih berkesan.
Ia juga boleh membantu wanita membiasakan diri dengan payudara mereka sendiri dan mengenal pasti sebarang perubahan yang perlu dilaporkan kepada doktor. Pemeriksaan CBE adalah merupakan inisiatif bagi penjagaan kesihatan yang secara berkala kepada individu, terutamanya bagi mereka yang berisiko menghidap kanser payudara.






