Pengenalan

Jabatan Radioterapi dan Onkologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah beroperasi sejak tahun 1997 sehingga kini bertempat di Tingkat 1 dan Aras Basement, Blok Klinikal, Hospital Canselor Tuanku Muhriz Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Majlis Kanser Nasional (MAKNA) telah menjalankan kerjasama melalui satu Memorandum Persefahaman yang ditandatangani pada 25 Mei 1999 dan tamat pada 24 Mei 2001. Setelah itu, pihak UKM dan MAKNA telah memperbaharui semula kerjasama untuk tempoh setiap 5 tahun iaitu pada tarikh seperti butiran berikut:-

  • 13 Oktober 2009 – 12 Oktober 2014
  • 13 Oktober 2014 – 12 Oktober 2019
  • 13 Oktober 2019 – 12 Oktober 2024

Jabatan Radioterapi dan Onkologi, HCTM bertanggungjawab dalam memberi perkhidmatan kepakaran perawatan kanser non-surgical bagi semua jenis kanser ‘solid’ dan memberi perkhidmatan bantuan perawatan kanser untuk kanser pediatrik dan kanser darah (hematologi). Rawatan yang ditawarkan adalah melalui kaedah sistemik terapi (kemoterapi, bioterapi) dan radioterapi, termasuk brakiterapi. Penilaian (assessment and evaluation), perancangan (planning), halatuju (direction) dan kesinambungan rawatan dan penjagaan klinikal pesakit kanser adalah menjadi tanggungjawab doktor pakar clinical onkologi bagi setiap pesakit, yang mempunyai credentialing and privileging untuk mempreskripsikan rawatan kemoterapi dan radioterapi.

 

Radioterapi dan Onkologi HCTM menawarkan teknik rawatan radioterapi yang moden dan canggih menggunakan peralatan berikut:-

  • CT simulator “16 slice spiral
  • Dual energy LINAC (Varian):-

▪ Photons 6 & 10 MV

▪ Electron 6 – 18 MeV

  • Microselectron HDR

Klinik Radioterapi dan Onkologi

Unit Perancangan dan Rawatan Radioterapi

Unit Rawatan Harian Onkologi

Wad Onkologi Tengku Ampuan Afzan

Jenis perkhidmatan yang ditawarkan:

  • Perkhidmatan Unit Perancangan Rawatan dan Radioterapi (UPRR)
  • Perkhidmatan Klinik Radioterapi dan Onkologi (KRON)
  • Perkhidmatan Unit Rawatan Harian Onkologi (URHO)
  • Perkhidmatan Wad Onkologi Tengku Ampuan Afzan (Wad 1F)

 

Penyelidikan

Jabatan Radioterapi dan Onkologi,HCTM terlibat secara aktif dalam merekrut pesakit untuk menjalani Kajian  Klinikal Kanser / “Clinical Trials” pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Pusat latihan

Jabatan Radioterapi dan Onkologi, HCTM juga adalah merupakan pusat latihan untuk program Sarjana Onkologi Klinikal (MCO) Universiti Malaya. Selain itu, Jabatan juga menerima pelatih dari program program lain untuk tujuan menjalani latihan klinikal di dalam bidang onkologi.

Mesin Rawatan Radioterapi

Mesin Brakiterapi

Mesin CT-Simulator