HCTM Bermunajat

2 Jun 2021 berita

CHERAS, 31 Mei 2021 – Program HCTM Bermunajat anjuran Pejabat Pengarah HCTM yang diadakan pada tengahari tadi telah mendapat penyertaan lebih 400 orang melalui “Zoom Meeting” dan FB Live HCTM.

Program dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran) HCTM dan ucapan pembukaan oleh Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor KKL UKM. Bacaan Yasin dan Zikir Munajat telah dibimbing oleh Ustaz Hasrizal, Pegawai Hal-Ehwal Islam, Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur UKM. Inisiatif ini adalah untuk mendoakan kesihatan dan keselamatan warga kerja HCTM dan UKM serta seluruh rakyat Malaysia agar terhindar dari musibah wabak COVID-19 dan memohon agar mereka yang dijangkiti kembali sembuh seperti sediakala.

Turut serta dalam program ini ialah Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor UKM, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM, Prof. Dr. Rohaizak Muhammad, Ketua Pusat Islam KKL, Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar (Pentadbiran), warga kerja HCTM dan UKM.

Majlis Serah Tugas Pengarah HCTM

21 Jan 2021 berita

CHERAS, 21 Januari 2021 – Majlis Serah Tugas Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM telah diadakan secara atas talian dan terhad di Bilik Mesyuarat Lembaga, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Jaafar. Sesi ini adalah simbolik rasmi penyerahan tugas pengarah kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin yang baharu sahaja menyandang jawatan sebagai Pengarah HCTM mulai 18 Januari 2021.

Prof. Dato’ Razman dalam ucapannya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Naib Canselor dan Pengurusan Universiti atas pelantikannya sebagai Pengarah HCTM. Beliau juga turut merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti dan pengorbanan yang dicurahkan oleh YBhg Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid selama berkhidmat sebagai Pengarah HCTM sejak 15 November 2017.

Turut hadir menyaksikan sesi serah tugas ialah YBhg. Prof. Datuk Dr. A Rahman A Jamal, Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, YBhg. Prof. Dr. Raja Afendi Raja Ali, Dekan Fakulti Perubatan dan timbalan-timbalan pengarah.

RM70,000.00 Berjaya Dikutip Daripada Pertandingan Golf Amal HCTM, UKM 2019

25 Oct 2019 berita

Pertandingan Golf Amal HCTM, UKM 2019 telah menarik penyertaan 104 orang peserta untuk menyertai pertandingan golf pada 19 Oktober 2019 bertempat di Kelab Golf & Country Kota Seri Emas sambil mengumpul dana untuk Tabung Pesakit HCTM.

Program ini berjaya mendapatkan 43 orang penyumbang (syarikat dan individu) dan mengumpulkan kira-kira RM70,000 sumbangan ke Tabung Pesakit HCTM.

 

 

Tahniah – Dr. Hanita Othman, penerima Anugerah Akreditasi Kebangsaan 2018

22 Oct 2019 berita

TAHNIAH diucapkan kepada DR. HANITA OTHMAN, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang telah menerima ANUGERAH AKREDITASI KEBANGSAAN 2018 daripada Standards Malaysia pada 19 Oktober 2019 di Kota Kinabalu, Sabah. Ia disampaikan sempena Hari Terbuka Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI Day). Anugerah ini adalah sebagai penghargaan atas jasa dan sumbangan dalam aktiviti akreditasi Negara sepanjang tahun 2018.

    

Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, terpilih menganggotai Majlis Perubatan Malaysia (MMC)

31 Jul 2019 berita

Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) yang telah terpilih menganggotai Majlis Perubatan Malaysia (MMC). MMC merupakan suatu badan korporat yang ditubuhkan berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 3(1) Akta Perubatan 1971 bertujuan memastikan standard tertinggi etika, pendidikan serta amalan perubatan, bagi menjaga kepentingan pesakit, masyarakat serta profesion melalui pelaksanaan Akta secara adil dan berkesan. Antara fungsi penting MMC ialah mengawalselia pendaftaran Pengamal Perubatan di Malaysia yang dianggarkan seramai 46,000 orang.

Warga Hospital Canselor Tuanku Muhriz merakamkan jutaan tahniah di atas pemilihan ini.

Pengurusan HCTM
30 Julai 2019

Majlis Ikrar Bebas Rasuah Pejabat Pengarah, HCTM

25 Jun 2019 berita

CHERAS, 25 Jun 2019 – Satu Majlis Acara Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di peringkat Pejabat Pengarah, HCTM telah diadakan pada hari ini jam 8.30 pagi melibatkan semua kakitangan termasuk dari RMHC, Sukmaria, Laundri dan Bilik Oncall.

Sesuai dengan arahan untuk diadakan Acara Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTj) UKM, pihak Pejabat Pengarah, HCTM telah mengadakan Majlis tersebut di peringkat Jabatan memandangkan saiz Hospital besar dan sukar untuk menghimpunkan ramai kakitangan;

Bacaan ikrar tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pentadbiran), En. Mursidi Ahamad dan disaksikan oleh  Pengarah HCTM, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid. Hadir sama dalam acara tersebut Timbalan-timbalan Pengarah, HCTM.

Corruption-Free Pledge at the Director’s Office, HCTM

25 Jun 2019 berita

CHERAS, June 25, 2019 – A Corruption-Free Pledge (IBR) event at the Director’s Office, HCTM was held today at 8.30am involving all staff including RMHC, Sukmaria, Laundri and Oncall Rooms.

In accordance with the instructions for the Corruption-Free Pledge (IBR) Event at the Pusat Tanggungjawab UKM’s (PTj) level, the Director’s Office, HCTM has held the event at the Department level in view of the size of the large Hospital and difficult to assemble a large number of staff;

The pledge was led by Deputy Director (Administration), Mr. Mursidi Ahamad and witnessed by HCTM Director, Prof. Dato ‘Dr. Hanafiah Harunarashid. Also present at the event are Deputy Directors, HCTM.

1 2 3 4 5

Search

+