Majlis Ikrar Bebas Rasuah Pejabat Pengarah, HCTM
CHERAS, 25 Jun 2019 – Satu Majlis Acara Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di peringkat Pejabat Pengarah, HCTM telah diadakan pada hari ini jam 8.30 pagi melibatkan semua kakitangan termasuk dari RMHC, Sukmaria, Laundri dan Bilik Oncall.
Sesuai dengan arahan untuk diadakan Acara Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTj) UKM, pihak Pejabat Pengarah, HCTM telah mengadakan Majlis tersebut di peringkat Jabatan memandangkan saiz Hospital besar dan sukar untuk menghimpunkan ramai kakitangan;
Bacaan ikrar tersebut diketuai oleh Timbalan Pengarah (Pentadbiran), En. Mursidi Ahamad dan disaksikan oleh Pengarah HCTM, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid. Hadir sama dalam acara tersebut Timbalan-timbalan Pengarah, HCTM.