Lawatan ke Unit Teknologi Rehabilitasi, Hospital Rehabilitasi Cheras
Pada 18 September 2026 (Jumaat), Unit Prostetik & Ortotik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah mengadakan lawatan ke Unit Teknologi Rehabilitasi, Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kakitangan dalam bidang pengurusan perkhidmatan ortotik. Lawatan ini turut memberi pendedahan berkaitan pengurusan proses kerja, pengurusan statistik perkhidmatan serta pengurusan pesakit.
Sepanjang lawatan, kakitangan berpeluang melihat dengan lebih dekat proses penghasilan ortotik serta penggunaan peralatan dan mesin yang berkaitan. Sesi ini turut merangkumi perkongsian ilmu dan pengalaman berkaitan pemilihan bahan, teknik fabrikasi serta pengubahsuaian peranti mengikut keperluan pesakit.
Lawatan ini menjadi platform yang bermanfaat dalam memperkukuhkan ilmu, pengalaman dan kepakaran antara kedua-dua unit, di samping menyokong usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan prostetik dan ortotik kepada pesakit. Hasil lawatan, kedua-dua pihak bersetuju agar dua sesi Continuous Professional Development (CPD) dijalankan bersama.
Pihak Unit Prostetik & Ortotik, HCTM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Unit Teknologi Rehabilitasi, Hospital Rehabilitasi Cheras atas kerjasama, ilmu dan layanan yang diberikan sepanjang lawatan. Diharapkan hubungan kerjasama dan perkongsian kepakaran antara kedua-dua unit dapat diteruskan serta diperkukuhkan pada masa akan datang.




