Unit Fisioterapi merupakan unit yang terlibat di dalam proses pemulihan pesakit. Ianya merangkumi pemulihan pergerakan anggota badan dan kefungsian pesakit. Secara umumnya , Ahli Fisioterapi yang sering dirujuk sebagai “Pakar Pergerakan” mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang bertauliah untuk :-

1) Menjalankan penilaian fizikal dan kefungsian terhadap pesakit

2) Merancang dan merawat pesakit melalui :-

– Pendekatan Fizikal bagi meningkatkan, mengekalkan dan mengembalikan fungsi fizikal dengan mengambil kira keupayaan dan keadaan pesakit.

– Pendekatan sains secara menyeluruh melalui penilaian yang berterusan, semakan bukti saintifik dan memaklumkan serta menyampaikan maklumat dan pendidikan kepada pesakit.

 

Skop perkhidmatan yang ditawarkan :

 

Disiplin Muskuloskeletal

  • Kecederaan Sukan
  • Masalah Am Muskuloskeletal (sakit tulang belakang, leher, anggota atas dan bawah)
  • PACE (Patients with Arthritis Can Exercise)
  • Rawatan Scoliosis

Disiplin Perawatan Kecederaan Kebakaran dan Tangan

  • Masalah am tangan (Contoh Carpal Tunnel Syndrome, Trigger Finger)
  • Kecederaan tangan akibat kebakaran
  • Rawatan selepas pembedahan tangan (Pembedahan masalah am tangan, patah dan pembedahan saraf)

Disiplin Amputee Dan Perawatan Luka

  • Pemulihan Amputasi
  • Pemulihan Penjagaan Kaki Diabetik
  • Masalah am kaki (Contoh Plantar Fasciatis)

Disiplin Neurologi

  • Rehabilitasi Neurologi Dewasa (Contoh: Strok, parkinson, kecederaan otak)
  • Terapi berkumpulan
  • Terapi di kediaman

Disiplin Kardiorespiratori

  • Program Pemulihan Paru-paru
  • Program Pemulihan Jantung
  • Terapi Obesiti, Diabetik & Kesejahteraan Mental

Disiplin Kesihatan Wanita & Lelaki

  • Masalah Incontinence
  • Limfodema
  • Kesihatan Lelaki
  • Kelas Antenatal / Postnatal

 

Perkhidmatan Pesakit Dalam

  • Pesakit-pesakit di wad HCTM

Perkhidmatan Panggilan Berjadual

  • Pesakit Respiratori Akut di Wad-Wad Intensif
  • Pesakit di Ward Khas UKMSC yang dirujuk

Perkhidmatan Penempatan Klinikal Pelajar dari UKM

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]