PENGENALAN

 

Perkhidmatan Terapi Carakerja memberi tumpuan kepada aspek penilaian, intervensi dan latihan kefungsian pesakit dalam menjalankan aktiviti kehidupan seharian seperti pengurusan diri, pengurusan rumah, pekerjaan, pendidikan, rekreasi dan penglibatan sosial. Pendekatan terapi menggunakan adaptasi pelbagai aktiviti yang mempunyai nilai terapeutik sebagai modaliti atau medium rawatan untuk membantu pesakit memulihkan, mengekalkan atau meningkatkan tahap kefungsian mereka.

 

Terapis Carakerja menyediakan perkhidmatan kepada individu daripada pelbagai peringkat umur yang mengalami masalah kesihatan fizikal, mental dan sosial. Intervensi diberikan melalui aktiviti yang terancang, spesifik dan berperingkat bagi meningkatkan tahap kesihatan dan kefungsian, mengelakkan kecacatan, mengekalkan dan meningkatkan kebolehan sedia ada serta membantu pesakit mencapai tahap keupayaan maksimum dan hidup secara lebih berdikari.

 

Matlamat utama Terapi Carakerja adalah untuk mengembalikan kefungsian pesakit serta meningkatkan keyakinan mereka dalam melaksanakan aktiviti harian seperti bekerja, bersosial, beriadah, memandu kenderaan dan menjalani kehidupan secara lebih produktif, yakin dan berdikari.

 

SKOP PERKHIDMATAN

 

Unit Terapi Carakerja menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatan pemulihan kepada pesakit dirujuk oleh pegawai perubatan atau profesional kesihatan yang berkaitan. Perkhidmatan yang ditawarkan merangkumi kategori berikut:

 

Perkhidmatan Terapi Carakerja bagi Disiplin Kesihatan Fizikal:

 

1. Pemulihan Strok.

 

2. Pemulihan Geriatrik.

 

3. Perkhidmatan Pemulihan Pemanduan.

 

4. Perkhidmatan Pemulihan Pekerjaan.

 

5. Latihan Vokasional.

 

6. Pengurusan Luka Terbakar.

 

7. Pengurusan Ortopedik.

 

8. Perkhidmatan Terapi Carakerja di Wad Fizikal.

 

Perkhidmatan Terapi Carakerja bagi Disiplin Kesihatan Mental

 

1. Program Rehabilitasi Psikososial.

 

2. Lawatan ke Rumah (Home Visit).

 

 

3. Latihan Kerja Sementara (Transitional Employment).

 

 

4. Sokongan Pekerjaan (Supported Employment).

 

 

5. Perkhidmatan Terapi Carakerja di Wad Psikiatri.