Rehabilitasi Aural Dewasa: Menghubungkan Pendengaran, Emosi dan Komunikasi
Bengkel Aural Rehabilitation telah berlangsung pada 23 Jun 2026 di Bilik Seminar, Unit Terapi Pertuturan, HCTM, dengan penyertaan pegawai audiologi dan terapis pertuturan HCTM. Program bermula pada 8.00 pagi dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Unit Audiologi.
Sesi utama dikendalikan oleh Dr Nurul Huda Bani, Audiologis Kanan dan Ketua Profesion Audiologi, Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau memperoleh Ph.D. dalam Audiologi daripada Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2019. Bidang kepakaran beliau merangkumi rehabilitasi aural, latihan auditori, audiologi geriatrik, reka bentuk pengajaran dan neurosains auditori-kognitif.
Antara pengisian utama ialah Aural Rehabilitation: The BIG Why dan From Resistance to Acceptance, yang menekankan kesejahteraan sosial, emosi serta penerimaan terhadap intervensi pendengaran. Peserta turut menjalani latihan lakon peranan, temu bual motivasi dan pembinaan efikasi kendiri. Aktiviti ini membantu peserta memahami faktor psikologi yang mempengaruhi penerimaan alat bantu pendengaran, komunikasi klinikal dan pematuhan terhadap pelan rehabilitasi secara lebih berkesan.



