Tahniah Dr. Nor Shahrina binti Mohd Zawawi atas lantikan semula sebagai Ahli Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia

27 Jul 2026

Warga Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Dr. Nor Shahrina binti Mohd Zawawi atas lantikan semula sebagai Ahli Majlis Profesion Kesihatan Bersekutu Malaysia, mewakili Sektor Institut Pengajian Tinggi bagi Profesion Terapi Pertuturan-Bahasa untuk sesi 2026–2029, berkuat kuasa mulai 9 Julai 2026 hingga 8 Julai 2029.

Lantikan ini merupakan pengiktirafan terhadap kepakaran, komitmen dan sumbangan berterusan beliau dalam memperkasa Profesion Terapi Pertuturan-Bahasa, memacu kecemerlangan perkhidmatan kesihatan bersekutu serta menyokong pembangunan profesion demi manfaat masyarakat dan negara.

Semoga amanah yang diberikan terus dapat digalas dengan cemerlang serta dikurniakan kejayaan, kebijaksanaan dan kekuatan dalam menerajui pembangunan profesion pada peringkat nasional.

Ikhlas daripada Warga Jabatan Perkhidmatan Pemulihan Perubatan.

 

Dr. Nor Shahrina binti Mohd Zawawi

 

 

Search

+