Bengkel : Pengukuhan & Penambahbaikan Perkhidmatan Unit Biologi Molekul
Pada tarikh 28 & 29 Oktober 2015, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) telah mengadakan Bengkel Pengukuhan & Penambahbaikan Perkhidmatan Unit Biologi Molekul yang bertempat di Banggunan Pra Klinikal Fakulti Perubatan, HCTM, PPUKM.
Bengkel yang anjurkan oleh Unit Biologi Molekul ini adalah bertujuan Penambahbaikan Perkhidmatan. Antara objektif bengkel ini adalah memberikan penerangan dan pendedahan kepada kakitangan dan Pegawai Perubatan mengenai ujian-ujian terkini yang ditawarkan di Unit Biologi Molekul.
Meningkatkan pemahaman dan kemahiran khususnya kepada Pegawai Perubatan / Pelajar Sarjana Patologi untuk menginterpretasi keputusan ujian-ujian molekular yang dijalankan dan keberkaitannya dengan aspek klinikal atau rawatan pesakit.

Bengkel selama 2 hari ini dihadiri seramai 45 orang kakitangan dari Gugusan Mikrobiologi, Pegawai Perubatan Mikrobiologi dan Pelajar Perubatan Sarjana Patologi. Ceramah ini disampaikan oleh Pn Ainihayati Noordin, Pn Norzuriza Mohd Rais, Dr Wong Kon Ken, Dr Muttaqillah Najihan, PM Dr Salasawati Hussin dan PM Dr Noor Zetti Zainol Rashid.
Diharap dengan adanya bengkel ini kakitangan dapat mempertingkatkan tahap perkhidmatan dengan menggunakan konsep “Continuous Improvement Tools” dan membentuk sikap positif dan inovatif bagi pembentukan sistem kerja yang lebih efisyen dan efektif di masa akan datang.
Sekian
Laporan oleh : Abd Hamydy
Foto oleh : Dr Muttaqilah Najihan































