Program Latihan Phlebotomi Unit Kejururawatan UKMSC

12 Dec 2025

Pada 6 Disember 2025, Bahagian Pengambilan Darah telah mengadakan program latihan phlebotomi untuk jururawat UKMSC bagi mendapatkan sijil kompetensi phlebotomi. Program ini telah berlangsung di bilik mesyuarat sutera, wad sutera UKMSC. Seramai 17 orang yg terdiri daripada ketua jururawat dan jururawat terlatih telah menghadiri program ni.


Seramai 7 orang staf BPD yang diketuai oleh Dr Munirah Md Mansor (Ketua JPMD), En Hairol Azman (Penyelaras BPD), Pn Sharipah Salwa (Admin) serta Pn Rozihani, Pn Nastora, En Azri & En Mohd Izwan sebagai jurulatih telah menjayakan program ini.

Laporan & Foto oleh : En Mohd Izwan

PROGRAM SENTUHAN KASIH JALANAN 

5 Nov 2025
PROGRAM SENTUHAN KASIH JALANAN
Pada 26 September 2025, Dr. Munirah Md. Mansor, Ketua Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik telah bersetuju dengan kertas kerja Cadangan ‘Program Sentuhan Kasih Jalanan’ untuk dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Hospital (MJPH) untuk mendapatkan kelulusan melaksanakan program, kelulusan untuk e-khidmat bagi jawatakuasa, sukarelawan dan penyumbang yang terlibat dalam perlaksanaan program.
Program anjuran Bahagian Pengambilan Darah  ini dilaksanakan bertujuan untuk menyantuni golongan asnaf jalanan dan gelandangan dengan menyediakan agihan makanan percuma kepada mereka yang memerlukan, khususnya di sekitar kawasan Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur dengan kerjasama Pertubuhan Jejak Jalanan (PJJ).
Pada 10 Oktober 2025 program telah bermula dengan aktiviti membungkus nasi ayam goreng kunyit yang ditempah  daripada katering pada jam 12 tengahari di Bahagian Pengambilan Darah.  Kami telah bergerak ke lokasi iaitu di hadapan Restoran Sup Kawah Hitam, Lorong Haji Taib 1, Chow Kit, Kuala Lumpur pada jam 6 petang.
Sekitar jam 8:00 malam, Pertubuhan Jejak Jalanan telah mengumpulkan kumpulan asnaf jalanan dan gelandangan di lokasi untuk aktiviti pengagihan makanan.  Program telah berjalan dengan lancar di mana sebanyak 250 paket makanan telah diagihkan kepada golongan sasar.  Agihan makanan telah dilaksanakan oleh kakitangan Bahagian Pengambilan Darah dan 4 orang sukarelawan dari Unit Patologi Kimia, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik.
Jutaan terima kasih  diucapkan kepada penaung program, Dr. Munirah Md. Mansor, Encik Hairol Azman Mohamad Yusop, Penasihat program, 4 orang sukarelawan dari Unit Patologi Kimia dan seluruh ahli jawatankuasa program yang bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.  Tidak lupa jutaan terima kasih juga  kepada Pengurusan Tertinggi HCTM yang telah meluluskan dan menyokong program anjuran Bahagian Pengambilan Darah ini.

Bengkel Intensif Pengenalpastian Parasit Malaria 2025

14 May 2025

14 -15 May 2025 (Rabu) Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik menganjurkan Bengkel Intensif Pengenalpastian Parasit MalariaBengkel ini dijalankan di Makmal Pelbagai Guna Bangunan Praklinikal Fakulti Perubatan UKM. Bengkel ini bertujuan meningkatkan kemahiran dan keyakinan dalam diagnosis Parasit Malaria kepada kakitangan Gugusan Mikrobiologi. Bengkel selama 2 harini ini disampai kan oleh Pn Nuraffini Ghazali (WHO Certified Malaria Microscopist Level 1) dari Jabatan Parasitologi & Entomologi Perubatan UKM.

Diharap bengkel ini dapat meningkatkan kemahiran dan keyakinan dalam diagnosis Parasit Malaria kepada kakitangan Gugusan Mikrobiologi JPMD.

Sekian.

AUDIT PENILAIAN SEMULA (RE-ASSESSMENT) MERANGKAP TRANSISI MS ISO 15189:2022

29 Apr 2025

28 April 2025 (Isnin) Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik telah menerima AUDIT PENILAIAN SEMULA (RE-ASSESSMENT) MERANGKAP TRANSISI MS ISO 15189:2022 yang dijalankan selama tiga hari bermula 28 April – 30 April 2023.

Audit Penilaian Semula (Re-Assessment) Merangkap Transisi MS ISO 15189:2022 merujuk kepada proses audit yang dijalankan untuk menilai semula sistem pengurusan kualiti yang ada di makmal perubatan dan memastikan ia mematuhi piawaian terkini dalam MS ISO 15189:2022. Proses ini juga merangkumi transisi atau peralihan daripada standard lama ke standard terbaru, memastikan makmal beroperasi mengikut keperluan dan standard antarabangsa yang telah dikemas kini, bagi menjamin ketepatan, keandalan, dan keselamatan dalam keputusan ujian yang dihasilkan.

Majlis pembukaan audit telah dirasmikan oleh Pengarah Hospital iaitu YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin. Kumpulan audit dari Jabatan Standard Malaysia diketuai oleh Dr. Rohani Md Yassin dan juruaudit yang lain seperti Assoc. Prof. Dr. Thuhairah Hasrah Abdul Rahman (UiTM), Cik. Noor Hidayat Binti Hussain (HSIS), Dato’ Dr. Azizon Othman, Halimatun Radziah binti Othman (UiTM), En. Sin Kaa soon, Dr. Siti Farah Alwani Bt Mohd Nawi  (UiTM), Dr. Chiew Seow Fan  (UM), Dr. Chew Man Fong (Regency Specialist Hospital), Mr. Mohammad Zarizi Bin Abd Ghani (UMMC), Dr. Sasi Devi A/P Saminathan (HTA) dan wakil Jabatan Standard Malaysia iaitu Mrs. Sharifah Azlinda Syed Abu Bakar dan Mrs. Rohasmizah Ismail.

Diharap Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik dapat menjalani Audit Penilaian Semula dengan lancar.

 

Foto by MOHD IZWAN BIN MOHD SHAMSUDIN

Riadah Santai Bukit Gasing PJ

20 Jan 2025

19 Januari 2025 (Ahad), Kakitangan JPMD telah menyertai Aktiviti Riadah Santai Trekking Bukit Gasing PJ. Aktiviti ini dianjurkan oleh Kelab Rekreasi HCTM. Seramai 8 orang kakitangan JPMD yang telah meyertai aktiviti ini antaranya ialah Mohd Herman, Mohd Tarmidzi, Nor Afnizan, Norsheila, Abdul Hamydy, Muhamad Firdaus, Nur Amalina dan Muhammad Azam. Selain kakitangan JPMD aktiviti ini turut disertai oleh kakitangan dari jabatan lain antaranya Fakulti Perubatan, CRC, UKA, JPPP, PTM.

Diharap kakitangan JPMD dapat turut serta dalam aktiviti Riadah akan datang bagi mengekalkan kecergasan dan kesihatan seterusnya meningkatkan produktiviti perkhidmatan.

 

Sekian

BENGKEL BUSINESS CONTINUITY PLAN (BCP)

20 Jan 2025

16 Januari 2025 (Khamis) Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik akan mengadakan Bengkel Business Continuity Plan (BCP). Bengkel ini dijalankan di Bilik Seminar, Tingkat 4 Advance Surgical Skills Centre (ASSC). Antara objektif bengkel adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan seterusnya diaplikasikan dalam perkhidmatan jabatan sebagaimana keperluan Standard ISO 15189:2022 klausa 7.8 Continuity and emergency preparedness planning.

Penceramah jemputan adalah En Abdul Karim Bin Mustafa dari Jabatan Kecemasan. Turut hadir dalam bengkel ini adalah Ketua Jabatan dan Timbalan iaitu Dr Munirah Md Mansor dan Dr Umi Kalsom@Satariah Ali. Diharap bengkel ini dapat meningkatkan pengetahuan dan JPMD dapat menyiapkan BCP yang telah dirancangkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Sekian.

Lawatan : KPJ Lablink ke Makmal Patologi kimia JPMD

7 Jan 2025

07 Januari 2025 (Selasa), JPMD menerima kunjungan Lawatan daripada KPJ Lablink Healhtcare Bhd ke Makmal Patologi kimia JPMD. Lawatan diketuai oleh KPJ Lablink Medical Director Dr Mohd Nazri Aziz. Pelawat disambut oleh Dr. Izzatul ‘Alia Bt Baharuddin selaku wakil JPMD dan Ketua Unit Patologi Kimia. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sistem automasi dan analytical analyzer di makmal Patologi kima, berkongsi pandangan serta bertukar pendapat tentang proses-proses di makmal untuk penambahbaikan.

Diharap lawatan ini dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak dan penambahbaikan berterusan.

MAJLIS ANUGERAH SIJIL PENCAPAIAN TERBAIK, AUDIT DALAMAN AMALAN 5S,JPMD

19 Dec 2024

19 Disember 2024 (Khamis), Jawatankuasa 5S JPMD HCTM telah menganjurkan majlis penyampaian Sijil Pencapaian Terbaik Audit Dalam 5S 2024. Sebanyak 15 zon telah diaudit oleh Jawatankuasa Audit Dalam. Hasil Audit adalah seperti berikut:

Tempat 1: zon Red Alert
Tempat 2: zon HPE
Tempat 3: zon An Nahlah

 

Majlis penyampaian Sijil Pencapaian Terbaik disampaikan oleh Ketua Jabatan iaitu Dr Munirah Md Mansor. Jabatan mengucapkan ribuan terima kasih dan amat menghargai komitmen dan kerjasama kakitangan dalam menjayakan Program 5S ini.

Sekian Terima Kasih

Tahniah : Tamat Kepakaran Master of Pathology (MPATH) (MEDICAL MICROBIOLOGY)(Sesi 2020/2021)

27 Nov 2024

22 November 2024 (Jumaat), Tahniah diucapkan kepada Dr. Zainina Binti Zainal Abidin, Dr. Munirah Binti Abdul Aziz dan Dr. Mohd Syazwan Bin Mohd Saaid dari KKM, kerana telah berjaya menamatkan pengajian sub kepakaran Master of Pathology (MPATH) (MEDICAL MICROBIOLOGY) (Sesi 2020/2021). Warga Gugusan Mikrobiologi mengucapkan jutaan tahniah dan selamat maju jaya di penempatan baru yang bakal di tempatkan.

Diharap Dr. Zainina , Dr. Munirah dan Dr. Mohd Syazwan dapat menyumbangkan kepakaran dan bakti dipenempatan baharu dengan penuh dedikasi dan bertambah maju di masa hadapan.

1 2 3 9

Search

+