Pharmacy Outreach Program 2026

6 Nov 2026

💊🌟 PHARMACY OUTREACH PROGRAM 2026 🌟💊

“INSPIRE HEALTH, EMPOWER THE FUTURE”

Jabatan Farmasi, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menganjurkan Pharmacy Outreach Program 2026 pada 26 September 2026 bertempat di Sekolah Menengah Sains Selangor Kuala Lumpur (SMSSKL).

Program ini merupakan salah satu inisiatif dalam usaha mendekati komuniti, khususnya golongan pelajar, bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mengenai kepentingan kesihatan serta penggunaan ubat-ubatan secara selamat dan rasional. 💙

Melalui program seumpama ini, perkongsian ilmu dan pengalaman dapat dimanfaatkan dalam membentuk generasi muda yang lebih peka terhadap penjagaan kesihatan, di samping memupuk minat terhadap bidang farmasi dan profesion kesihatan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak sekolah, para peserta, warga kerja HCTM serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.

Semoga usaha ini menjadi pemangkin kepada masyarakat yang lebih berpengetahuan, sihat dan bertanggungjawab terhadap kesihatan diri.

Together, let’s inspire health and empower the future! 💊✨

#PharmacyOutreachProgram2026
#JabatanFarmasiHCTM
#HCTM
#UKM
#SMSSKL
#InspireHealthEmpowerTheFuture

Search

+