Kursus Basic Life Support (BLS)

11 Aug 2026

Jabatan Otorinolaringologi – Surgeri Kepala dan Leher telah menganjurkan Kursus Basic Life Support (BLS) pada 10 Ogos 2026 bertempat di Academia ORL-HNS. Terdapat 3 orang fasilitator jemputan daripada Jabatan Perubatan Kecemasan, HCTM yang telah dijemput hadir untuk menjayakan kursus ini iaitu Dr. Amirul Syafiq Kamarudin, Dr. Faizal Izuan Azhar dan juga Encik Mohd Termizi Shafii.

Kursus ini telah dihadiri oleh seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan jabatan dan juga kakitangan jabatan luar.

Objektif penganjuran kursus ini diadakan adalah untuk memberi  latihan asas, pendedahan dan mengajar teknik serta tindakan yang betul bagi Basic Life Support (BLS) kepada semua peserta terlibat. Selain untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran CPR disamping mempelajari tatacara CPR yang komprehensif serta terkini.

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+