Jabatan ORL-HNS menawarkan perawatan secara pakar dan juga sub bidang bagi penyakit-penyakit ORL-HNS. Klinik ORL-HNS terletak di tingkat 1, Blok Klinikal, Pusat Perubatan UKM (PPUKM) dan perkhidmatan adalah terhad kepada temujanji sahaja. Majoriti pesakit yang dirujuk adalah untuk penyakit seperti otitis media, allergic rhinitis, tonsillitis dan sinusitis. Jabatan ORL-HNS juga adalah pusat rujukan bagi pesakit kanak-kanak yang mempunyai kehilangan keupayaan untuk mendengar dan memerlukan pembedahan koklea implan atau penggunaan Alat Bantuan Pengengaran (BAHA), masalah suara dan juga larinks, penyakit tulang tengkorak (skull base) dan juga tumor di bahagian kepala dan leher.

Jabatan ORL-HNS juga turut mengembangkan klinik pelbagai kepakaran bidang bertujuan untuk memberikan rawatan secara komprehensif dan terfokus kepada pesakit, sebagai contoh klinik Onkologi Kombine dan Klinik Cleft Kombine. Penyediaan klinik-klinik ini membenarkan perbincangan antara pesakit dan juga kumpulan-kumpulan multi-disiplin kepakaran bagi mencadangkan rawatan yang terbaik. Ia juga membenarkan ahli keluarga untuk turut terlibat dalam pengurusan dan menjadi platform untuk mendapatkan penerangan atas segala keraguan yang timbul.

Klinik/Pusat alergi berada di dalam Klinik ORL-HNS di tingkat 1, Blok Klinikal, PPUKM. Pusat ini bertujuan untuk memberi rawatan terbaik kepada pesakit yang mempunyai masalah alergi. Ujian diagnostik bagi alergi yang ditawarkan adalah ujian cucuk kulit yang boleh didapati pada Hari Isnin- Jumaat dari jam 8.30 pagi – 12.30 tengah hari.

Jadual untuk perkhidmatan yang ditawarkan oleh jabatan Otorinolaringologi – Pembedahan Kepala & Leher adalah seperti dibawah:

 

Klinik

Waktu beroperasi

Klinik Pakar ORL-HNS Isnin-Jumaat 8.30 pagi – 12.30 petang
Klinik Allergi Isnin 9.00 pagi – 12.30 petang
Klinik Suara Jumaat (Minggu ke-4) 9.00 pagi – 12.00 petang
Klinik Botox Selasa (Minggu pertama) 9.00 pagi – 12.30 petang
Klinik “Obstructive Sleep Apnoea” (OSA) Selasa (Minggu ke-3) 9.00 pagi – 12.30 petang
Klinik “Paediatric Airway & Swallowing” Selasa (Minggu ke- 2 & 4) 9.00 pagi – 12.30 petang
Klinik “ Combine- Cleft” Isnin (Minggu ke- 2) 2.00 petang – 5.00 petang
Klinik Telinga (Cochlear implant & BAHA) Isnin & Rabu 9.00 pagi – 12.30 petang
Klinik Vertigo Jumaat (Minggu pertama) 9.00 pagi – 12.30 petang
Klinik “Oncology Combine” Selasa 2.00 petang – 3.00 petang
Klinik “Nasopharyngeal Carcinoma” (NPC) Khamis 2.00 petang – 5.00 petang
Klinik Post –Laryngectomy Selasa (Minggu ke- 2) 9.00 pagi – 12.30 petang