๐’๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ก๐š๐ง ๐๐ž๐ซ๐๐š๐ง๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐จ๐ซ ๐…๐š๐ค๐ฎ๐ฅ๐ญ๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐›๐š๐ญ๐š๐ง ๐…๐จ๐ค๐ฎ๐ฌ ๐‘๐š๐ฐ๐š๐ญ๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐ˆ๐ง๐จ๐ฏ๐š๐ฌ๐ข ๐ƒ๐ž๐ซ๐ข๐š ๐๐š๐ฎ

13 May 2026

Prof. Dr. Salina Husain dari Jabatan Otorinolaringologi-Surgeri Kepala dan Leher, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menyampaikan Syarahan Perdana Profesor yang bertajuk โ€œPermasalahan Deria Bau: Rawatan dan Inovasiโ€, hari ini.

Dalam syarahannya, Prof. Dr. Salina menjelaskan kepentingan deria bau dalam kehidupan manusia, cabaran gangguan deria bau serta perkembangan terkini dalam aspek rawatan dan inovasi perubatan.

Beliau juga mengupas penyelidikan mengenai gangguan deria bau yang menjejaskan lima hingga 19 peratus populasi, di mana faktor seperti umur, geografi, dan penyakit kronik boleh mempengaruhi fungsi deria bau.

Syarahan ini turut membincangkan pelbagai faktor yang menyumbang kepada gangguan tersebut, termasuk kecederaan, pendedahan kepada bahan toksik dan penyakit saraf, di samping mengupas kaedah rawatan yang merangkumi penggunaan ubat-ubatan, agen biologi serta intervensi pembedahan.

Majlis turut dihadiri olehย Naib Canselor, Prof. Datoโ€™ Dr. Sufian Jusoh, barisan pengurusan tertinggi universiti dan Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Datoโ€™ Dr. Marina Mat Baki.

ย  ย  ย  ย 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Search

+