Ceramah Motivasi: Merdekakah Pemikiran Kita?

22 Aug 2024 News 2024
Seramai 300 kakitangan Kampus Kuala Lumpur telah menghadiri Program Ceramah Motivasi: Merdekakah Pemikiran Kita? Sempena Kemerdekaan Ke-67 Peringkat Hospital Canselor Tuanku Muhriz di Auditorium, Kompleks Pendidikan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar, HCTM, hari ini. Penganjuran program ini adalah untuk mengupas mengenai kefahaman erti kemerdekaan dan meningkatkan kesejahteraan mental dan fizikal warga kerja. Program anjuran HCTM ini dimulakan dengan perarakan masuk penceramah jemputan, YBhg. Dato’ Ustaz Kazim Elias diiringi dengan alunan selawat. YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin sempat meluangkan masa dan beramah mesra bersama penceramah jemputan sebelum program tersebut bermula.

HCTM Talk: 45 Minutes with the Director

15 Aug 2024 2024, News, News 2024

CHERAS, 13 Ogos 2024 – Seramai 250 orang kakitangan HCTM telah membanjiri Galeri Kompleks Pendididkan Perubatan Canselor Tuanku Ja’afar HCTM untuk menghadiri Bicara HCTM: 45 Minit Bersama Pengarah. Program yang merangkap Perhimpunan Kakitangan yang kedua pada tahun ini menampilkan Pengarah HCTM yang baharu iaitu YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin dan Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid yang baharu menyertai barisan Pengurusan HCTM pada awal Julai yang lalu.

Mengetengahkan  bakat-bakat kakitangan sebagai konsep perhimpunan,  bacaan syair dan pencak silat serta iringan muzik band daripada Jabatan Ortopedik dan Traumatologi mejadi pembukaan  program. Acara diteruskan dengan Ucapan Pengarah HCTM, YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin di atas pentas yang disediakan. Beberapa perkembangan semasa dan prestasi pengurusan di HCTM dari sudut sumber manusia, prasarana, prestasi kewangan dan maklum balas kepuasan pelanggan.  Menurut beliau, antara aktiviti penambahbaikan sedang giat dan akan dijalankan ialah penggantian bumbung, penggantian lif, penggantian peralatan di Jabatan Radioterapi dan Onkologi, serta penaiktarafan Jabatan Perkhidmatan Kecemasan secara berperingkat. YBhg. Dato’ juga turut memaklumkan penggunaan moto baharu UKM iaitu ILMU, MUTU, DAN BUDI adalah untuk menghayati dan diamalkam dalam setiap aspek kehidupan dan kerja demi membawa HCTM ke tahap yang lebih tinggi. Selain itu, slogan HCTM iaitu Better, Faster, Friendlier masih digunakan dan merupakan antara usaha penjenamaan untuk meningkatkan lagi imej HCTM sebagai hospital pengajar yang memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang. Turut ditekankan juga pelaksanaan Pelan Strategik HCTM (2021-2025) harus diperkasakan secara menyeluruh dengan menggariskan secara terperinci, mencakupi langkah-langkah strategik dan pelan tindakan yang komprehensif bagi mencapai matlamat kita dalam tempoh yang ditetapkan. Diakhir ucapan beliau menyeru seluruh warga HCTM menggerakkan momentum CERGAS@BERHEMAH, iaitu kakitangan perlu sihat proaktif dan bertenaga semasa bertugas, serta sentiasa berbudi bahasa, sabar, bijak mengendalikan situasi dalam melayani pelanggan dalaman dan juga pelanggan luar.

Progran disusuli dengan sesi soal jawab bersama barisan ahli Pengurusan HCTM. Warga HCTM yang hadir dalam perhimpunan berpeluang untuk bertanya terus kepada ahli Pengruusan HCTM mengenai perkara dan isu berkaitan HCTM. Program menutup tirai dengan persembahan nyanyian ‘Setia’ dan ‘Standing In The Eues Of The World’ daripada Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Intensif dan sesi fotografi beramai-ramai.

 

 

Bubur Asyura 1446H Programme

CHERAS, 5 August 2024 – Bubur Asyura 1446H Programme organized by Surau Ibnu Sina HCTM was held at 4.30 pm in Parking Area E, near the HCTM Nursery. Ashura porridge has been distributed by YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Director of HCTM, and members of HCTM Management consisting of Prof. Associate Dr. Jamari Sapuan, Deputy Director (Surgical Services) HCTM, YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Deputy Director (Diagnostic, Pharmacy and Support Services) HCTM, Mrs. Wan Omi Wan Yussop, Head of Finance Department, Mrs. Masrifah Zakaria, Head of Nursing Services Department. Only 400 packs of porridge are provided by the organizers and the distribution of this porridge is given via drive-thru to staff and visitors who return using the route to Gate C. The cost of preparing ashura porridge is estimated to reach RM 4,000 with a workforce of 57 volunteer staff members from the Ibnu Sina Surau Committee HCTM, Association of Administrative and Professional Officers (PERTADI), Malaysian Nurses Association (MNA), Department of Diagnostic Laboratory Services, Department of Nursing Services, Security Division Kuala Lumpur Campus, and Vehicle Division. Also present in this program was Mr. Ahmad Zamri Noordin, Head of Customer Service Department and Chairman of Surau Ibnu Sina HCTM.

Majlis Meraikan Atlet-atlet Kejohanan Sukan Staf antara Gugusan UKM 2022 dan 2023

2 Aug 2024 2024, News

CHERAS, 1 August 2024 – A total of 100 staffs who are also athletes involved in Staff Sports Championship Between UKM Clusters 2022 and 2023 have attended the Opening Ceremony of the Banquet held in the Gallery Room, Chancellor Tuanku Ja’afar Medical Education Complex , HCTM.

This ceremony is to give recognition and appreciation to the athletes, managers, coaches, KSK Committee, and individuals who are also involved in the Staff Sports Tournament Between UKM Clusters from 2022 to 2024. Since 2022, the Teaching Hospital Cluster has successfully won 9 gold medals, 4 silver medals and 5 bronze medals while in 2023 the Teaching Hospital Group won 12 gold medals, 8 silver medals and 8 bronze medals. YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Director of HCTM in his speech hoped that the staff of the Teaching Hospital Cluster would be able to maintain the championship for years to come as well as create a fighting spirit in creating a new record for the tournament.

Also present, Prof. Associate Dr. Jamari Sapuan, Deputy Director (Surgical Services), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Deputy Director (Medical Services), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Deputy Director (Diagnostic, Pharmacy and Support Services), Mr. Mursidi Ahamad, Deputy Director (Administration) and YBhg. Prof. Dr. Mohd Yazid Bajuri, Chairman of PPUKM Staff Sports Club and Teaching Hospital Cluster Contingent.

 

 

Infaq Program Set for Funeral Management

CHERAS, 1 Ogos 2024 – Majlis Penyerahan Set Infaq Pengurusan Jenazah anjuran Jabatan Kualiti telah diadakan petang tadi di Surau Ibnu Sina, HCTM. Program Infaq Set Pengurusan Jenazah ini dilaksanakan sejak September tahun lepas dan hasil daripada kutipan tersebut, Jabatan Kualiti telah membeli sebanyak 79 set pengurusan jenazah untuk diagihkan kepada dua buah surau dan sebuah masjid. Surah dan masjid yang menerima sumbangan ini ialah Surau Ibnu Sina HCTM, Masjid Al-Najihin Bandar Sri Permaisuri, dan Surau Al-Mustaqimah, Taman Jaya, Bandar Tun Razak.
Penyerahan set ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM kepada Ustaz Hasrizal Hassan, wakil Surau Ibnu Sina, Tuan Haji Rosli Hj. Shafie, wakil Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri dan Tuan Haji Mohd Akashah Abd Aziz, Pengerusi badan Khairat Kematian Penduduk Islam Taman Jaya. Usaha ini dilakukan dengan tujuan untuk meringankan beban kewangan keluarga si mati memandangkan Kos pengurusan jenazah yang semakin meningkat.
Turut hadir menyaksikan sesi serahan ini, Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), YBhg. Prof. Dr. Hamzaini Abdul Hamid, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi dan Sokongan), Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) dan Encik Ahmad Zamri Noordin, Pengerusi Surau Ibnu Sina.

Bomb Threat Talk Program

30 Jul 2024 2024, News, News 2024
CHERAS, 29 Julai 2024 – Program Ceramah Ancaman Bom di Auditorium, HCTM telah dirasmikan hari ini di Auditorium HCTM. Program anjuran Bahagian Keselamatan Kampus Kuala Lumpur dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia bertujuan memberi pendedahan dan ilmu pengetahuan kepada para peserta sebagai persediaan kebarangkalian sekiranya berhadapan dengan situasi ancaman bom. Berucap dalam majlis,YBhg. Dato’ Dr. Azmi Baharudin, Pengarah HCTM menyeru agar warga kerja sentiasa berwaspada dan mengenal pasti ancaman dan tidak mengambil tindakan sendiri.
Beliau berharap dengan perkongsian mengenai ancaman bom yang akan disampaikan oleh Inspektor Mohd Zarifi Bakar, Bahagian Persenjataan, Jabatan Logistik dan Teknologi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, warga kerja lebih bersiapsiaga dari segi fizikal dan mental. Turut hadir, Ahli-ahli Pengurusan Kampus Kuala Lumpur dan Timbalan-timbalan Pengarah iaitu Prof. Madya Dr. Jamari Sapuan, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Surgeri) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kod Kecemasan (Resusitasi), Dr. Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pengarah (Pentadbiran) serta Ketua-ketua Jabatan dan warga UKM.
1 8 9 10 11 12 23

Search

+