Kursus Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko & Kawalan Risiko (HIRARC)
Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), telah menganjurkan satu Kursus Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko & Kawalan Risiko (HIRARC) pada 10 & 11 Januari 2023 di Auditorium HCTM. Kursus ini telah dihadiri oleh para Pegawai Insiden yang telah dilantik. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memperkenal para Pegawai Insiden dengan HIRARC dan kaedah untuk melakukan HIRARC di tempat kerja masing-masing, agar tempat kerja kita di HCTM sihat dan selamat.
Oleh kerana bilangan Pegawai Insiden yang banyak, mereka telah dibahagikan kepada 2 kumpulan, setiap kumpulan hadir sama ada pada 10 atau 11 Januari 2023. Kursus ini dimulakan dengan sesi pembelajaran tentang HIRARC yang telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr Rosnah Ismail, Pakar Kesihatan Masyarakat dan Pensyarah Perubatan Kesihatan Pekerjaan UKM. Sesi petang pula merupakan sesi latihan untuk para Pegawai Insiden membuat HIRARC dan mengisi templat HIRARC yang disediakan.




