CERAMAH RISIKO PENDEDAHAN BUNYI BISING DAN PERATURAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN (PENDEDAHAN BISING) 2019
CHERAS, 24 Ogos – Sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan HCTM 2023, pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah dan seminar telah diadakan. Salah satu daripada pengisisan program Minggu KKP HCTM 2023 adalah Ceramah Risiko Pendedahan Bunyi Bising Dan Peraturan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019 yang disampaikan oleh Puan Afni Adam, Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.
Ceramah yang berlangsung selama dua jam itu diadakan di Auditorium HCTM mengupas tentang risiko pendedahan bunyi bising kepada pekerja ketika bekerja dan peruntukan undang undang yang termaktub bagi memelihara hak pekerja. Hadirin yang hadir turut berpeluang bertanyakan soalan berhubung tajuk yang disampaikan.
Secara kesimpulannya, jelaslah penganjuran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dapat menjadi wadah kepada kakitangan dan orang ramai bagi mendapatkan informasi berkenaan peruntukan undang undang yang ada bagi memelihara hak pekerja ketika melaksanakan tugas di tempat kerja.

















































