Pelancaran Dasar Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan
Dasar Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan yang pertama telah dilancarkan dalam Perhimpunan Kakitangan HCTM Bil.4/2021 semalam. Sebaik sahaja YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah HCTM selesai memberikan ucapan, acara memotong riben dan menurunkan tanda tangan Pengarah pada papan dasar yang dijalankan sebagai simbolik pelancaran. Mengiringi pelancaran ini Prof. Madya Dr. Hanita Othman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Diagnostik, Farmasi Dan Sokongan), Encik Mursidi Ahamad, Timbalan Pendaftar, dan Dr. Nurmasitah Mohamad Nazri, wakil Ketua Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Dasar Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran Pekerjaan dibangunkan oleh Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan HCTM, selaras dengan keperluan Malaysian Society for Quality in Health (MSQH). Setiap jabatan perlu memastikan dasar ini dibaca dan dipamerkan di premis jabatan masing-masing. Warga HCTM boleh merujuk dasar ini pada pautan di bawah.














