Audit Penguatkuasaan USECHH oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (DOSH WPKL)

9 Aug 2022 2022, Berita

Pihak DOSH WPKL telah mengadakan audit pematuhan kepada Akta Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (AKKP), 1994, ke HCTM pada 8 Ogos 2022. Audit ini bertujuan untuk melihat tahap pematuhan peruntukan di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000 (Peraturan USECHH) di bawah AKKP 1994. Ia bertujuan untuk mengawal pendedahan bahan kimia berbahaya kepada kesihatan di tempat kerja.

Program ini dimulakan dengan Kata Aluan dari Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan HCTM, Prof. Madya Dr. Hanita Othman, dan Taklimat dari pihak DOSH WPKL. Lawatan audit telah diadakan di makmal-makmal di JPMD dan di Stor Pelupusan Sisa Kimia Terjadual. Majlis telah ditutup dengan sesi maklumbalas audit oleh pihak penguatkuasa DOSH WPKL.

Bengkel Keselamatan Tempat Kerja – Dapur Utama

2 Aug 2022 2022, Berita

Pihak UKKP telah dijemput oleh Jabatan Perkhidmatan Dietetik dan Sajian Makanan HCTM untuk memberikan ceramah dan menjadi fasilitator kepada Bengkel Keselamatan Tempat Kerja – Dapur Utama pada 1 Ogos 2022. Bengkel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada kakitangan yang terlibat dengan Dapur Utama HCTM tentang bahaya-bahaya di dapur dan bagaimana kita dapat mencegah dan mengawal risiko bahaya tersebut.

 

Taklimat Libat Urus Sistem Pengurusan Insiden Bersepadu Di Portal eNsiden

2 Aug 2022 2022, Berita

Pihak UKKP dengan kerjasama Bahagian Teknologi Maklumat KKL telah menganjurkan satu sesi ‘Libat Urus Sistem Pengurusan Insiden Bersepadu’ pada 27 dan 28 Julai 2022, untuk membantu Pegawai-Pegawai Insiden HCTM tentang proses melapor insiden di portal pelaporan insiden baru HCTM iaitu ‘eNsiden’. Program pelaporan ini akan melalui program pilot pada Ogos ini.

Sambutan Hari Tibi 2022

1 Aug 2022 2022, Berita

Pihak Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) HCTM telah mengadakan Sambutan Hari Tibi pada 20 Jun 2022 hingga 23 Jun 2023 yang lalu. Program ini melibatkan beberapa aktiviti iaitu saringan ujian Mantoux kepada kakitangan yang bekerja di lokasi dan skop pekerjaan yang berisiko tinggi, pameran kesihatan dan webinar berkaitan penyakit Tuberkulosis yang telah disampikan oleh Prof. Madya Dr. Andrea Ban Yu-Lin, Ketua Unit Respiratori, Jabatan Perubatan. Perlaksanaan program ini telah berjaya dijalankan dengan kerjasama Jabatan Farmasi, Unit Respiratori, dan Persatuan Pelajar Perubatan (PERSIAP).

Sambutan Hari Tibi ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Selain itu, objektif program juga telah mencapai sasaran,antaranya adalah dengan meningkatkan kesedaran serta komitmen pelbagai pihak terhadap usaha pencegahan dan kawalan penyakit tuberkulosis serta menjadikan aktiviti ujian saringan mantoux ini sebagai permulaan kepada usaha rawatan profilaksis Tuberkulosis Laten dalam langkah kawalan pencegahan penyakit tibi.

Hari Mesra Pelanggan Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UKKP HCTM 2022

28 Jul 2022 2022, Berita

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah membuka reruai Hari Mesra Pelanggan sempena Minggu Kualiti HCTM di Lobi Blok Pendidikan pada 15 Jun 2022 yang lalu. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di reruai UKKP seperti tayangan video berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, permainan dan kuiz “Spot The Hazard!”, perkongsian maklumat melalui pameran poster dan pemberian buah epal hijau “Stay Safe & Healthy” kepada para pengunjung. Reruai UKKP telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada warga HCTM dan pelawat luar.

Mega Fire Drill HCTM 2022

25 Jul 2022 2022, Berita

Jawatankuasa Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (JKKP) HCTM telah menganjurkan satu Latihan Kebakaran Mega (Mega Fire Drill), pada 16 Jun 2022 semasa Minggu Kualiti, sempena Sambutan Jubli Perak HCTM. Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan bertindak sebagai urusetia program bersama beberapa lagi Ahli Jawatankuasa program yang lain. Program ini telah melibatkan seramai lebih seribu orang warga HCTM dan agensi luar seperti Pengadil dari Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang serta pasukan BOMBA.

1 2

Search

+