Bengkel Penyediaan HIRARC Jabatan HCTM Siri 2/2023
Siri ke 2 Bengkel Hirarc Jabatan HCTM telah dilaksanakan pada 9 Ogos 2023 di Makmal Terabyte, Blok Pendidikan HCTM. Seramai 42 orang Pegawai Insiden telah menyertai bengkel ini yang memfokuskan kepada latihan hands-on penyediaan dokumen HIRARC lokasi kerja masing-masing.
Bengkel ini diterajui oleh Dr. Nurmasitah Mohamad Nazri, Pegawai Perubatan UKKP di bantu oleh Puan Wan Irfani Wan Mahyudin dan Puan Khairiyah Mohamad sebagai fasilitator. Penglibatan aktif dan interaksi dua hala oleh para peserta kali ini memudahkan penyampaian maklumat dan isu berkaitan penyediaan dokumen HIRARC dapat di tangani dengan berkesan.

















































