MAJLIS PERASMIAN KLINIK KESIHATAN PEKERJAAN HOSPITAL CANSELOR TUANKU MUHRIZ (HCTM)
Majlis perasmian Klinik Kesihatan Pekerjaan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) telah diadakan dengan jayanya pada 15 Januari 2024 (Isnin) di Ruang Lobi Advanced Surgical Skills Centre HCTM. Majlis Perasmian ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr Razman Jarmin, Pengarah Hospital Canselor Tuanku Muhriz. Majlis perasmian turut diserikan dengan kehadiran Dr Zairul Azwan Mohd Azman, Timbalan Pengarah (Perkhidmatan Perubatan), Encik Mursidi Ahamad (Timbalan Pendaftar), Ketua-Ketua Jabatan dan beberapa tetamu jemputan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Hospital Putrajaya dan Hospital Sultan Abdul Aziz Shah (HSAAS).
Penubuhan Klinik Kesihatan Pekerjaan adalah hasil perbincangan pengurusan dan tinjauan MSQH yang dilakukan pada tahun 2021. Semasa penyemakan program-program MSQH, mendapati pertindihan tugas antara Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP), Unit Kawalan Infeksi (UKI) dan Klinik Warga. Sejajar dengan penambahan kakitangan di UKKP dan peningkatan kompetensi, Unit Keselamatan dan Kesihatan (UKKP) bersedia memberikan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan Klinik Kesihatan Pekerjaan HCTM yang telah beroperasi pada 1 November 2023. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah Medical Surveillance, Penyakit Pekerjaan, Kecederaan Tajam, Vaksinasi, Penilaian Pra-penempatan.







