PEMANTAUAN TANDA LARANGAN MEROKOK DI PREMIS MAKANAN HCTM
Disepanjang suku ke 2 tahun 2023, pemantauan tanda larangan merokok telah dijalankan pada semua premis makanan di HCTM. Aktiviti ini diketuai oleh Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran selaku Pegawai Diberi Kuasa menurut Subseksyen 3(2) Akta Makanan 1983, dari Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan HCTM.
Berdasarkan peruntukan undang undang dalam Akta Makanan 1983, Peraturan – Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 :-
Seksyen 12(1) Tuan punya atau penghuni premis atau tuan punya kenderaan yang disebut dalam peraturan 11 hendaklah pada setiap masa—
- a)mempamerkan suatu tanda sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga berkenaan dengan larangan merokok di mana-mana bahagian yang mudah dilihat pada premis atau kenderaan itu; dan
- b) memastikan bahawa tiada seorang pun merokok di dalam premis atau kenderaan itu.
Hasil dapatan pemantauan, kesemua premis makanan telah berganding bahu bagi memastikan 100% premis makanan di HCTM memaparkan tanda larangan merokok mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Kerjasama semua pihak terutamanya dari pengusaha premis makanan dalam menjayakan aktiviti ini amat dihargai dan diharap dapat memastikan persekitaran HCTM yang sihat tanpa rokok.



