CERAMAH PEMERKASAAN BUDAYA TEMPAT KERJA SELAMAT DAN SIHAT: PENGURUSAN ERGONOMIK DI SEKTOR KESIHATAN
CHERAS, 24 Ogos – Sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan HCTM 2023, pelbagai aktiviti menarik seperti ceramah dan seminar telah diadakan. Salah satu daripada pengisisan program Minggu KKP HCTM 2023 adalah Ceramah Pemerkasaan Budaya Tempat Kerja Selamat dan Sihat: Pengurusan Ergonomik di Sektor Kesihatan yang disampaikan oleh Encik Reamy Md Zein, Technical Expert, Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia.
Ceramah yang berlangsung selama dua jam itu diadakan di Auditorium HCTM mengupas tentang penambahbaikan yang boleh dijalankan di sektor kesihatan bagi memperkasa budaya tempat kerja selamat dan sihat melalui pengurusan ergonomic yang sistematik. Hadirin yang hadir turut berpeluang bertanyakan soalan berhubung tajuk yang disampaikan.
Secara kesimpulannya, jelaslah penganjuran Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dapat menjadi wadah kepada kakitangan dan orang ramai bagi mendapatkan informasi berkenaan penambahbaikan yang boleh dilakukan di tempat kerja bagi memelihara kesihatan dan kesejahteraan pekerja.




