Hari Keselamatan Kimia 2023
Seramai 41 orang kakitangan yang terdiri dari para pengendali bahan kimia di HCTM telah menyertai Program Hari Keselamatan Kimia 2023 yang telah diadakan pada 7 Ogos 2023 di Auditorium UMBI. Program ini dianjurkan oleh Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH- UKM) dan Kumpulan SeCHRA (Penaksiran Risiko Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan Secara Kendiri- Self Chemical Health Risk Assessment) dengan kerjasama HCTM, Fakulti Perubatan dan Institut Biologi Molekul Perubatan (UMBI).
Pengisian program ini memberi fokus kepada cara-cara penyediaan daftar kimia yang betul serta penekanan pelaksanaan SeCHRA yang berkesan di HCTM. Program ini memberi banyak manfaat kepadapeserta khususnya kakitangan yang bekerja di makmal dalam memastikan tahap keselamatan kimia yang baik di HCTM.





