Kursus Pengurusan dan Pengendalian Buangan Terjadual (Sisa Kimia) HCTM 2023

8 Mar 2023 2023, Berita

UKKP dengan kerjasama Jawatankuasa Kecil Kimia HCTM telah menganjurkan Kursus Pengurusan dan Pengendalian Buangan Terjadual (Sisa Kimia) HCTM 2023 pada 8 Mac 2023 bertempat di Dewan Kuliah 2, Blok Pendidikan. Kursus ini telah dikendalikan oleh orang yang berwibawa sebagai Pengurus Buangan Terjadual Profesional yang berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar iaitu Dr. Mohamad Ayub Sarum Ahamad dari EQOSH Management & Consultancy Sdn. Bhd.

Seramai 37 orang kakitangan yang terdiri dari kakitangan makmal dan pengendali bahan kimia telah dijemput untuk menyertai kursus ini. Objektif utama kursus ini adalah untuk melatih kakitangan HCTM mengendalikan buangan terjadual dengan kaedah betul dan selamat sebagai mematuhi keperluan perundangan dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Di samping penyampaian maklumat melalui ceramah interaktif, Dr. Ayub juga telah menjalankan inspeksi rambang tentang penstoran sisa kimia di Makmal Histopatologi, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik (JPMD) HCTM di mana para peserta berpeluang mempelajari kaedah-kaedah pengendalian sisa kimia secara langsung. Para peserta juga diberikan latihan hands-on berkaitan tindakan kecemasan sewaktu tumpahan kimia iaitu tentang kaedah pengendalian kit tumpahan kimia.

Search

+